• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Kedai Serbaneka 24 Jam Pecah Amanah

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas Pengurus Kedai Serbaneka 24 jam, Wan Fatihah Nadzrin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM68,463.35 pada Mei dan Julai tahun lepas.

Wan Fatihah, 25, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengurus cawangan kedai 7Eleven Persiaran Kuala Kangsar, didakwa menggunakan kod pin dari mesin MOLPay antara RM1,300 hingga RM1,900 untuk pembelian barang peribadi secara dalam talian tanpa pengetahuan majikannya di Persiaran Kuala Kangsar di sini.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan ikat jamin berjumlah RM56,000 kerana ia membabitkan kerugian besar terhadap syarikat kedai serbaneka berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Zaim Zhafri Azhar yang mewakili Wan Fatihah memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal manakala suaminya dalam proses mencari pekerjaan selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM28,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 18 Jan. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

04/06/2024
2

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar...

Bekas COO Didakwa Pecah Amanah Lebih RM1.28 Juta

24/11/2021
0

KUANTAN: Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd