• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai DoJ Mengaku Terbabit Skandal 1MDB

oleh
01/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang bekas pegawai di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) semalam mengaku bersalah atas tuduhan langgar peraturan perbankan dalam cubaan elak pihak berkuasa AS meneruskan tindakan terhadap dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

DoJ dalam satu pengumuman berkata, George Higginbotham, 46, mengaku berbohong kepada beberapa bank di AS ketika membuat transaksi berjumlah jutaan dolar untuk membiayai kempen bagi pihak Low Taek Jho atau Jho Low yang juga dalang utama kes 1MDB.

Pendakwa persekutuan pada Ogos lalu mendakwa Jho Low yang kini dalam buruan dengan lapan pertuduhan pengubahan wang. Beliau dituduh membantu penyelewengan AS$4.5 bilion (RM18.81 bilion) dari dana bantuan kerajaan Malaysia itu.

Menurut DoJ, Higginbotham mengaku menipu pihak bank, termasuk dengan mengeluarkan dokumen pinjaman dan rundingan palsu bagi menyembunyikan sumber sebenar dana.

DoJ mendedahkan, tujuan sebenar dana terbabit adalah untuk membiayai kempen melobi kerajaan AS bagi menyelesaikan kes jenayah dan sivil yang timbul dalam skandal 1MDB dan meyakinkan pihak berkuasa AS untuk menghantar pulang seorang warga asing ke negara asalnya.

“Higginbotham yang berkhidmat sebagai pegawai perhubungan antara jabatan berkenaan dan penggubal undang-undang AS sehingga Ogos lalu tidak terbabit dalam penyiasatan 1MDB dan ‘gagal mempengaruhi mana-mana aspek’ dalam hal itu,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu DoJ dalam satu pengumuman berasingan semalam berkata, jabatan berkenaan sedang dalam proses mendapatkan semula AS$73 juta (RM305 juta) yang ditahan dalam akaun bank Amerika, disahkan dibuka oleh Higginbotham dan Prakazrel ‘Pras’ Michael bagi Low, tahun lalu. – AFP

Tags: 1MDBDOJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd