• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Saman Sebelum Keluar Malaysia

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Dewan Negara mencadangkan agar mana-mana kenderaan dari Singapura yang mempunyai saman tertunggak, tidak dibenarkan meninggalkan negara sebelum menjelaskannya.

Senator Datuk Rabiah Ali berkata langkah itu bertujuan mengekang kegiatan menjadikan lebuh raya dalam negara sebagai tempat “menguji” kelajuan kenderaan mereka.

“Masalah lumba haram dan memandu kereta secara melulu oleh pemandu kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura menjadi satu ancaman yang sukar untuk kita selesaikan. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Johor Bahru ke Melaka menjadi litar ujian kenderaan mewah mereka hampir setiap minggu,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 hari ini.

Rabiah seterusnya berkata saman kompaun trafik ke atas kenderaan asing perlu dinaikkan ke satu jumlah yang maksimum dan kenderaan ini seharusnya dilarang meninggalkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) selagi saman tidak dijelaskan

Ketika membahaskan usul sama, seorang lagi anggota Dewan Negara mencadangkan kerajaan menggubal satu akta berkaitan penjualan aset kerajaan bagi memastikan ia terpelihara dan tidak membawa kerugian kepada negara dan rakyat.

“Ia juga bagi mengelak aset dijual dan menjadi milik rakyat asing hingga menyebabkan kepentingan rakyat tempatan terjejas,” kata Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas.

Katanya Akta seumpama itu juga perlu bagi mengelak aset kerajaan dijual kepada kroni dan pihak berkepentingan lain. – BERNAMA

Tags: bayar saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aplikasi Bayar Saman Bikin “Slack”

12/12/2021
0

Kecoh berkenaan diskaun 80% pengurangan bayaran saman trafik sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Sepatutnya memberi merit kepada kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd