• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah TH Bawah BNM Hanya Untuk Kelirukan Masyarakat – Fuziah

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Petisyen Membantah Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan dilihat satu tindakan untuk mengelirukan orang ramai dengan menggunakan isu perkauman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ini kerana langkah meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) hanya bertujuan menambah baik tadbir urus institusi itu.

“Oleh kerana TH adalah duit orang kampung dan orang susah yang simpan nak pergi haji, kita harus lindungi mereka dengan meletakkan BNM sebagai regulator (pengawal selia) untuk membuat semak dan imbang.

“Kalau TH tiada regulator, pengerusi lembaga pengarah boleh buat ikut suka, nak labur sana sini, nak manipulasi laporan kewangan tiada keuntungan letak keuntungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai petisyen dalam talian itu yang dikatakan bertujuan menyelamatkan aset umat Islam daripada jatuh ke tangan bukan Islam.

“Saya rasa kita mesti berganjak daripada permikiran rasis kerana selama ini mereka-mereka yang membuat salah dalam TH, oleh kerana tiada regulator, kita membiarkan mereka terlepas daripada kesilapan mereka,” kata Fuziah.

Beliau juga mengulangi BNM hanya pengawal selia prosedur pengurusan TH dan tidak mengawal dana atau aset institusi itu.

Malah katanya pada 2016, gabenor BNM ketika itu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pernah membangkitkan masalah dalam TH namun tidak diendahkan manakala BNM pula tidak tidak boleh bertindak kerana tiada kuasa terhadap institusi berkenaan.

“Kalau BNM ada kuasa sebagai pengawal selia atau semak dan imbang, ini akan beri kelebihan kepada pendeposit,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan TH akan diletakkan di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: BNMFuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun M Puas Hati Dengan Peranan Rahim Nor Di Selatan Thailand

Next Post

Jangan Anggap Anggota Bukan Islam Golongan Kelas Dua

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Jangan Anggap Anggota Bukan Islam Golongan Kelas Dua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd