Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Sah! Datuk Siti Nurhaliza...

KUALA LUMPUR - Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil. Pengesahan...

Lelaki Maut Ditikam Di...

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas ditikam di bahagian perut oleh suspek bersenjatakan...

Bahan Kempen Berunsur Hasutan,...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang...

UMNO Perlu Perhebatkan Proses...

KUALA LUMPUR - Memperhebatkan proses tarbiah terhadap dasar dan falsafah perjuangan parti kepada...

Jangan Anggap Anggota Bukan Islam Golongan Kelas Dua

IPOH – Anggota dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan supaya tidak menyisihkan anggota bukan Islam dan menganggap mereka sebagai golongan kelas dua dalam parti itu.

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika memberi amaran itu berkata mereka yang ingkar tidak layak menjadi anggota Amanah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kehadiran anggota bukan Islam dalam parti itu perlu diterima dan dihargai sebaiknya kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka bersama dengan Amanah yang memperjuangkan Islam.

“Saya bagi amaran kalau ada mana-mana aduan sisihkan mereka (anggota bukan Islam) dengan anggap tiada hak kerana bukan Islam, jaga-jaga kamu, kamu tidak layak jadi (anggota) Amanah.

“Saya benar-benar tegaskan perkara ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan dan penggulungan pada Konvensional Amanah Nasional 2018 di sini hari ini.

Mujahid berkata walaupun bukan Islam, namun anggota berkenaan mempunyai hak untuk memberi pandangan terhadap parti.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus berkata parti tersebut sentiasa bersama warga Felda dan akan memastikan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan dapat mengemukakan secepat mungkin agenda untuk melatih para peneroka.


“Ia bagi memastikan mereka boleh berdikari untuk mengurus 10 ekar tanah (4.1 hektar), mendidik mereka selepas kegagalan kerajaan lama gagal mendidik,” katanya.

Pada masa sama, Hasanuddin berharap kerajaan tidak memberhentikan wang saraan kepada peneroka Felda secara mengejut demi kebajikan mereka.

Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan menunjukkan komitmen dalam membantu menyelesaikan masalah warga Felda.

“Memang kita ada menghantar orang korporat kepada mereka tetapi jangan disebabkan sikap korporat itu, kita menafikan kebajikan warga peneroka yang sepatutnya kita jaga dan belai mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori