• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Melayu Setaraf Lounge Suit – Mubarak Selangor

oleh
04/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim menarik balik kenyataan terhadap larangan pemakaian baju Melayu ketika sidang dewan berlangsung kecuali pada hari Jumaat.

Pemangku Mubarak Selangor, Tan Sri Zainal Dahalan berkata, tindakan Ng adalah sesuatu yang tidak sesuai dan perlu ditarik balik kerana baju Melayu adalah pakaian kebangsaan yang diletakkan setaraf dengan pakaian formal bagi majlis rasmi.

“Baju Melayu ini pakaian rasmi orang Melayu sejak turun temurun, ia mempunyai status sama dengan lounge suit, pakaian rasmi nombor satu yang dipakai oleh penjawat awam pada majlis rasmi kerajaan.

“Kenyataan dan ruling ini kali pertama berlaku meskipun sebelum ini dua speaker DUN terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti DAP iaitu Hannah Yeoh dan Datuk Teng Chang Kim,” katanya yang juga bekas Speaker DUN Selangor bagi tahun 1990 sehingga 1995.

Turut hadir Tan Sri Onn Ismail, yang juga bekas Speaker DUN Selangor, pada tahun 1995 sehingga 2008.

Tambah Zainal, pihaknya memberi tempoh kepada Ng sehingga tamat mesyuarat ketiga penggal pertama sidang DUN Selangor ke-14 pada Khamis ini untuk menarik balik kenyataan berkenaan atau pihaknya akan membawa memorandum mengenai perkara berkenaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada Selasa lepas, Ng menegur Anggota DUN Taman Templer dari Parti Amanah Negara, Sany Hamzan kerana memakai baju Melayu ketika sesi persidangan.

Dalam teguran itu, Ng berkata Sany telah melanggar peraturan DUN, dan meminta Sany menghormati etika berpakaian. – BERNAMA

Tags: mubarak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Negeri Perak Disaran Jual MAPS

Next Post

Utusan Masih Merangka Pelan Penyusunan Semula

Related Posts

Mubarak Syor Muhyiddin Lantik 3 TPM

05/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengesyorkan kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan...

Zahid Minta Anggota Mubarak Dekati Golongan Muda

29/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)...

Next Post

Utusan Masih Merangka Pelan Penyusunan Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd