• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Minta Anggota Mubarak Dekati Golongan Muda

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mendekati golongan muda dan mendaftar mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata adalah juga penting untuk anggota Mubarak memainkan peranan memberi penjelasan kepada golongan itu tentang perancangan yang mahu dilakukan kerajaan.

Katanya golongan muda terutama pengundi kali pertama mahukan perkara yang baharu dan mahu tahu hala tuju yang akan dibawa kerajaan.

“Mereka (golongan muda) mahu nostalgia dan sejarah lampau… dianggap sebagai kenangan sahaja. Anggota Mubarak mempunyai peranan penting mendekati mereka dan menjelaskan kepada mereka mengenai betapa pentingnya sejarah dan pada masa yang sama apakah hala tuju dan rancangan yang dibawa kerajaan untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bangunan Wisma Mubarak di Jalan Sentul, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Beliau berkata anggota Mubarak mempunyai pengalaman luas sebagai wakil rakyat dan mereka harus mengggunakan pengalaman itu untuk memberi penjelasan yang lengkap kepada golongan muda.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata anggota Mubarak merupakan golongan yang masih diperlukan, dan sehubungan itu mereka tidak sepatutnya merasakan diri mereka dipinggirkan.

“Mereka yang memasuki usia emas pasti merasa sensitif terutamanya mereka yang berumur 70 tahun, 80 tahun serta 90 tahun. Yang berumur 90 tahun ni selalu bernostalgia (menceritakan mengenai apa yang dilakukan dulu) seolah-olah dialah sahaja yang terbaik.

“Saya tak merujuk kepada sesiapa dalam perkara ini… sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau dah tiada jawatan dan kedudukan duduk diam-diam jangan kacau yang di bawah,” katanya secara sinis yang merujuk kepada perkembangan politik semasa yang melihat terdapat bekas pemimpin parti politik cuba menyemai kebencian terhadap kepimpinan negara.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bekas wakil rakyat yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya, termasuk dari parti pembangkang kerana kerajaan berlaku adil kepada semua pihak.

Ahmad Zahid berkata beliau akan menyampaikan permintaan Mubarak berhubung bantuan kewangan untuk pembinaan bangunan Wisma Mubarak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: mubarak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

MUBARAK Khuatir UMNO, BN Hilang Sokongan Jika Berlaku Persempadanan Semula Di Selangor

22/12/2025
0

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan UMNO dikhuatiri kehilangan sokongan lebih besar di Selangor sekiranya kerajaan melakukan persempadanan semula kawasan...

Mubarak Syor Muhyiddin Lantik 3 TPM

05/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengesyorkan kerajaan Perikatan Nasional mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd