• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audit 1MDB: Bekas KP SPRM Beri Keterangan 5 Jam

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini memberi keterangan kira-kira lima jam di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya telah memberikan kerjasama penuh dan serahkan kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” kata Dzulkifli ketika ditemui media selepas memberi keterangan.

Beliau tiba kira-kira 10.25 pagi dan meninggalkan premis berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Katanya beliau turut dimaklumkan tidak akan dipanggil untuk memberikan keterangan lagi kerana siasatan terhadapnya telah selesai.

Menurutnya, beliau juga bukan saksi utama siasatan seperti yang dilaporkan sebaliknya SPRM telah turut memanggil seramai 15 individu lain untuk membantu siasatan.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu perkara itu.

Antara lain Madinah mendedahkan bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Pada 26 Nov, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang hadir memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan itu.

Ambrin sekali datang ke SPRM hari ini pada kira-kira 2 petang dipercayai bagi tujuan sama.

Dzulkifli dalam pada itu menjelaskan kehadirannya pada mesyuarat laporan akhir audit 1MDB pada Februari 2016 itu adalah sebagai Pegawai Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara setelah diarahkan mewakili jabatan dan bukannya atas kapasiti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Katanya beliau adalah individu yang dimaksudkan Madinah dalam laporan tersebut sebagai mewakili Jabatan Peguam Negara.

“Jadi setakat itu saja penglibatan saya dalam isu sepertimana yang dilaporkan dalam laporan audit tersebut,” katanya.

Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – BERNAMA

Tags: AuditSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd