• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Setuju Mansuh Tarif Baharu

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES, Argentina – Amerika Syarikat (AS) bersetuju semasa sidang bersama China kelmarin untuk membekukan tarif baharu selama 90 hari bagi mencari jalan untuk menamatkan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia tersebut.

White House berkata, kenaikan tarif dari 10 hingga 20 peratus ke atas barangan China bernilai AS$200 bi­lion (RM835 bilion) yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari depan akan ditangguhkan selama 90 hari.

“Sekiranya pada tarikh akhir itu, kedua-dua pihak masih gagal mencapai persetujuan, maka, tarif sebanyak 10 peratus akan dinaikkan menjadi 25 peratus,” kata White House dalam satu kenyataan selepas majlis makan malam antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya, Xi Jinping dalam satu acara sampingan pada sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Buenos Aires.

Trump melontarkan kritikan keras terhadap China sejak beberapa bulan lalu termasuk menuduh Beijing campur tangan dalam pilihan raya AS. Beliau, bagaimanapun, menyifatkan pertemuan terbarunya dengan Jinping itu sebagai ‘hebat dan produktif’.

Terdahulu, China mengesahkan kerangka persetujuan tersebut dan menyatakan, pegawai kedua-dua negara akan berusaha untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan sengketa perdagangan dua hala.

Dalam perkembangan berkaitan, White House berkata, China juga akan ‘segera’ meningkatkan pembelian produk pertanian AS tanpa mendedahkan jumlah yang dipersetujui.

Sebelum ini, ketika perang perdagangan antara kedua-dua negara semakin memuncak, Beijing mengurangkan pembelian kacang soya AS dan produk pertanian lain sekali gus memberikan tamparan kepada petani negara kuasa besar itu yang menyokong Trump. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Amerika Syarikattarif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100,000 Umat Islam Adakan Perhimpunan Di Jakarta

Next Post

PAS Kecewa AMANAH Tidak Tegas Pertahan Islam

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

PAS Kecewa AMANAH Tidak Tegas Pertahan Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd