• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arul Kanda Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB.

Peguamnya Datuk N.Sivananthan berkata Arul Kanda ditahan SPRM pada pukul 10.30 pagi dan difahamkan akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

“Saya difahamkan hanya satu pertuduhan akan dikenakan ke atas beliau membabitkan Seksyen 23 (1) Akta SPRM,” katanya kepada media yang berkumpul di ibu pejabat SPRM hari ini.

Arul Kanda tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi, dengan bertopi besbol serta membawa beg galas.

Sebelum itu, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa turut kelihatan berada di ibu pejabat SPRM itu namun media tidak mengetahui tujuan kedatangan beliau.

Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perkara itu.

Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pada 6 Dis lalu, Najib hadir kali pertama untuk memberi keterangan yang mengambil masa kira-kira empat jam di SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Antara yang telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini ialah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad. – BERNAMA

Tags: Arul KandaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd