• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arul Kanda Dibenar Ikat Jamin RM500K Dengan Seorang Penjamin

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pindaan Laporan Akhir, Pengauditan 1MDB dibenar ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Arul Kanda, 42, membayar jaminan itu hari ini selepas menolak permohonan peguam Datuk N. Sivananthan supaya anak guamnya membayar jaminan berkenaan secara ansuran.

Mahkamah juga memerintahkan Arul Kanda menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 4 Jan tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai pasukan pendakwaan memohon jaminan RM500,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Sivananthan bagaimanapun tidak membantah jaminan itu sebaliknya memohon supaya jaminan itu dibayar secara ansuran iaitu RM250,000 pada hari ini dan bakinya dibayar esok.

Peguam itu turut memaklumkan anak guamnya kini tidak bekerja dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang dia disiasat.

“Penjamin yang juga bapa mertua kepada anak guam saya turut hadir ke mahkamah hari ini bagi membayar jaminan,” katanya.

Sri Ram juga memohon supaya kes berkenaan dibicarakan bersama dengan kes yang dihadapi Najib kerana ia membabitkan isu sama.

Pada awal prosiding, Arul Kanda, yang memakai kot berwarna hitam hanya berkata: “Saya mengaku tidak bersalah” selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Arul Kanda juga dilihat tenang dan melemparkan senyuman ke arah pihak media yang berada di galeri awam ketika memasuki kandang tertuduh. – BERNAMA

Tags: Arul Kandaikat jamin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd