• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis URB Maut, Rakan Setugas Cedera

oleh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal dari Balai Polis Travers, maut manakala rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta yang terbabas di Jalan Semantan (Jalan Damansara menghala ke Kuala Lumpur), di sini, awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata anggota yang maut ialah Konstabel Mohd Zamri Sinsian, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Konstabel Osman Ibrahim cedera parah di kepala.

Beliau berkata dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kedua-dua anggota ketika itu sedang bertugas memeriksa sebuah kenderaan di tepi jalan berkenaan.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun, kenderaanya menurun dari cerun bukit melanggar kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata anggota yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat manakala rakan setugasnya yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Samsul Ishak yang turut sama berada di lokasi kejadian terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Zulkefly berkata pemandu kereta terbabit telah ditahan dan dibawa ke pejabat JSPT untuk pemeriksaan alkohol. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd