• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tempatan Diutama Mengajar Di Sarawak

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Guru baharu yang berkelahiran dan beralamat di Sarawak akan diberi keutamaan untuk ditempatkan mengajar di negeri itu, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Maszlee berkata penempatan itu adalah mengikut pelaksanaan Dasar 90:10 iaitu dasar 90 peratus guru tempatan dan 10 peratus guru luar.

“Bagaimanapun, KPM melaksanakan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen setelah menerima bekalan guru baharu yang diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) hari ini.

Maszlee berkata bagi menjaga kebajikan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kerajaan memperuntukkan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) pada kadar RM500 hingga RM1,500 mengikut kategori kawasan pedalaman yang diiktiraf Jabatan Pendidikan Negeri.

“Untuk sekolah bagi kategori pedalaman satu, guru akan menerima elaun RM500, pedalaman dua RM1,000 manakala kategori pedalaman tiga akan menerima elaun RM1,500.

“Terdapat juga guru di sekolah pedalaman yang menerima bayaran insentif pedalaman pada kadar 10 peratus daripada gaji bulanan berdasarkan kawasan yang diiktiraf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Guru-guru yang layak juga dibayar imbuhan tetap perumahan pada kadar penuh sekiranya kuarters yang didiami tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Maszlee berkata pengorbanan guru terutama guru dari Semenanjung yang mengajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak harus dihargai semua pihak.

“Dalam lawatan saya ke Bintulu baharu-baharu ini, saya ada bertemu dengan beberapa guru dari Semenanjung. Ada yang telah 10 tahun, 20 tahun dan telah 28 tahun mengajar di sana. Saya ucapkan tahniah kepada guru yang sanggup berkorban dan berjauhan dengan keluarga. Inilah guru yang saya anggap sebagai ‘Adiwira’ sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd