• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanah Rancang Keluar Akhbar Harian Untuk Kukuhkan Parti

oleh
16/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) bercadang mengeluarkan akhbar harian sebagai antara langkah untuk mengukuhkan parti itu melalui penyampaian mesej parti kepada orang ramai.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata langkah itu juga merupakan usaha untuk membuktikan parti itu yang ditubuhkan pada 2015 aktif seperti parti lain.

“Perjuangan kita nak kukuhkan parti Amanah antara yang terbaik adalah melalui surat khabar khususnya di kawasan pedalaman, kalau surat khabar kita sendiri, kita pun tak sokong macam mana kita nak gerakkan (surat khabar harian),” katanya.

Abdul Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian dalam ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata akhbar parti itu sebelum ini dikenali sebagai Amanah dan terhad kepada anggota sahaja, kini ditukar nama kepada Mingguan Amanah dan dijual di kedai secara terbuka dengan harga RM2 bagi Semenanjung Malaysia dan RM2.50 bagi Sabah serta Sarawak.

Sehubungan itu, Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam meminta semua pihak termasuk anggota dan pimpinan di peringkat kawasan serta negeri memberi sokongan dengan membeli akhbar berkenaan.

“Apabila akhbar (akhbar Mingguan Amanah) laris makin ramai yang beli, maka kita boleh keluarkan banyak iklan, bila tak laku tak ada orang beli nak keluar iklan tak boleh.

“Bila orang dah banyak keluarkan iklan, kita banyak duit dan kalau boleh kita nak keluarkan surat khabar harian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apabila ADUN Gambir Berbicara

Next Post

Mat Sabu Pelawa Anggota UMNO Sertai Amanah

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

24/12/2023
0

KLANG : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan ini adalah penggal terakhirnya menerajui parti itu. IKUTI...

Next Post

Mat Sabu Pelawa Anggota UMNO Sertai Amanah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd