• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia ‘Terbangkan’ Harimau Malaya Ke Bangkok

oleh
05/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyemarakkan lagi kehangatan separuh akhir kedua Piala AFF 2018 menerusi penerbangan khas buat penyokong skuad Harimau Malaya ke Bangkok.

Menyedari kepentingan ‘pemain ke-12’ untuk menyuntik semangat pemain skuad kebangsaan bagi aksi bertemu Thailand, AirAsia mengambil inisiatif bagi membolehkan penyokong tegar negara, Ultras Malaya ‘menggegar’ Stadium Rajamangala malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, tawaran terbabit dicetuskan sebagai satu bentuk penghargaan kepada penyokong setia skuad kebangsaan dan berbesar hati untuk sekali lagi melaksanakan penerbangan khas selepas kali pertama dilakukan pada 2014.

“Inisiatif ini berdasarkan semangat kepada pasukan negara dan kita membantu mereka melontarkan sokongan memandangkan kita memiliki sumber yang boleh digunakan.

“AirAsia dan sukan sememangnya tidak dipisahkan jadi atas dasar ini juga kita gembira untuk memberi peluang ini khususnya kepada penyokong di belakang tabir yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Penerbangan Khas Ultras Malaya bersama AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.

Sebagai rekod, penerbangan khas itu menerbangkan seramai 160 penyokong tegar Harimau Malaya ke Bangkok pada kos lebih rendah iaitu dengan harga penerbangan pergi balik berjumlah RM349.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali mengharapkan lebih banyak entiti swasta dapat turut bekerjasama dalam membantu menjayakan pembangunan sukan di negara ini.

“Ini adalah satu kerjasama yang baik antara AirAsia dan KBS khususnya dalam memartabatkan atlet negara kita yang bertanding di peringkat antarabangsa.

“KBS melihat ini sebagai perkembangan yang positif dan saya yakin kehadiran penyokong ke Thailand akan menaikkan semangat pemain negara dalam mencari tiket ke pentas akhir Piala AFF 2018,” katanya. – BH Online

Tags: AirAsiaHarimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd