• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Mulakan Penerbangan Sulung Singapura-Ipoh

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – AirAsia Bhd memulakan penerbangan sulungnya dari Singapura ke Ipoh hari ini sebagai laluan baharu dalam rangkaian penerbangan syarikat itu yang meluas.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata penerbangan Singapura ke Ipoh yang beroperasi empat kali seminggu itu merupakan sebahagian usaha syarikat penerbangan itu untuk mengembangkan rangkaiannya di Ipoh.

“Kami berharap dapat meningkatkan trafik pelancong ke Ipoh seterusnya ke Perak secara keseluruhan. Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak dan lembaga pelancongan di atas sokongan dan kerjasama yang berterusan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan penerbangan sulung Singapura-Ipoh AirAsia, di sini, hari ini.

Riad berkata AirAsia akan menambah kekerapan penerbangan dari Johor Bahru ke Ipoh dari empat ke tujuh kali seminggu bermula 12 Feb, 2019.

“Sejak pelancaran laluan Johor Bahru-Ipoh pada Oktober, kami membawa lebih 10,000 penumpang di dalam dan luar Ipoh, termasuk dari China, Indonesia, India dan Singapura,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing dan CEO Tourism Perak Zuraida Md Taib menyambut 166 penumpang yang tiba menerusi penerbangan sulung itu.

Ahmad Faizal berkata pengenalan laluan penerbangan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengubah Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dan visi kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai destinasi percutian utama dalam kalangan pelancong. – BERNAMA

Tags: AirAsiapenerbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kuil: Polis Cari 28 Saksi

Next Post

Kedah Pertimbang Gabung Anak Syarikat Elak Kerugian

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Next Post

Kedah Pertimbang Gabung Anak Syarikat Elak Kerugian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd