• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman, Zahirah Dilamun Cinta?

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekeping gambar yang dikongsi bersama pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza di laman sosial masing-masing, beberapa jam lalu bagaikan mengesahkan hubungan cinta pasangan itu.

Aiman terlebih dahulu memuat naik foto itu di Instagram bersama catatan yang seolah-olah menggambarkan antara mereka sedang menjalin hubungan mesra.

“Nombor bermula daripada 1,2,3; muzik bermula daripada Do-Re-Mi. Abjad bermula dengan A dan diakhiri dengan Z. Kenyataannya hanya ada awak dan saya,” tulisnya di laman Instagram.

Kenyataan yang dimuat naik Aiman itu menerima hampir 100,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen diterima, termasuk rakan selebriti yang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Beberapa jam lalu, Zahirah pula memuat naik foto sama dengan catatan yang lebih ringkas iaitu: “Now until forever, Insya-Allah.

Menerusi catatan itu, Zahirah turut berkongsi tanda pagar, #zahirAH.

Perkongsian Zahirah pula mendapat lebih 100,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.

Rata-rata netizen meluahkan kegembiraan melihat hubungan cinta yang sedang berputik itu dan berharap ia kekal hingga ke gerbang perkahwinan.

Namun, ada juga yang mempersoalkan entri itu dan menyifatkan, ia mungkin di muat naik bagi mempromosikan drama terbaru lakonan mereka.

Sabtu lalu, menerusi sebuah laporan dalam sisipan B*Pop, Zahirah dikatakan terpaut hati dengan pelakon tinggi lampai itu bermula di laman sosial.

Menurut sumber, Zahirah mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada jejaka kacak itu.

Gosip mengenai mereka hangatdiperkatakan apabila Aiman memuat naik gambar makanan dalam InstaStory yang kononnya dihantar seseorang, lantas mencetuskan spekulasi ia daripada Zahirah. – BH Online

Tags: aiman hakim ridzaZahirah Macwilson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

Siapa Kata Zahirah Lemah-Lembut?

24/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Jika anda beranggapan Zahirah Macwilson gadis lemah-lembut, nampaknya pandangan itu silap. Akui aktres jelita ini, dia sebenarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd