• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Kuamut Sah Sertai Warisan

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Selepas 25 hari meninggalkan Parti Upko, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah akhirnya mengumumkan hala tuju politiknya dengan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Masiung menyerahkan borang keanggotaannya kepada Setiausaha Agung parti itu, Loretto Sipin Padua di sini, hari ini, sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas 2018 bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan.

“Ini adalah pilihan bijak yang telah saya fikirkan untuk masa depan rakyat di Kuamut,” katanya ketika ditemui sebaik selesai majlis penyerahan borang yang berlangsung di Dewan Seri Antenom di sini, hari ini.

Turut mengikut jejak Masiung ialah 25 orang daripada 30 Anggota Jawatankuasa (AJK) UPKO Bahagian Kinabatangan, 30 AJK Wanita, 28 AJK Komulakan (Pemuda) dan 94 Ketua Cawangan parti itu di Kuamut.

Masiung berkata selepas meninggalkan parti Upko, beliau sepatutnya memerlukan masa kira-kira dua bulan untuk menentukan hala tuju politiknya, namun di atas nasihat dan desakan rakyat, keputusan pantas untuk menyertai parti Warisan sesuatu yang sangat tepat.

“Keputusan pilihan raya lepas (PRU-14), menyaksikan rakyat memilih parti yang mewakili semua kaum. …parti berasaskan kesukuan kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat di hati rakyat pada masa-masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: adunwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd