• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakan Perhimpunan Agung Khas UMNO Dapatkan Undi Percaya

oleh
17/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya mengadakan perhimpunan agung khas untuk mendapat undi percaya daripada anggota-anggota parti itu, kata veteran UMNO Tan Sri Mohd Yussof Latiff.

Beliau berkata menurut Fasal 8.5 perlembagaan UMNO, perhimpunan agung khas boleh diadakan apabila terdapat salah satu daripada tiga permintaan iaitu pertama dengan kehendak presiden dan kedua, dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga anggota-anggota Majlis Tertinggi.

Ketiga ialah dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah kesemua bahagian dengan syarat kesemua bahagian itu telah mengadakan mesyuarat perwakilan khas dengan masalah yang sama, katanya.

“Jika Ahmad Zahid boleh buat permintaan yang pertama itu ia satu keputusan yang cukup mulia… sebaik-baiknya Ahmad Zahid selaku presiden mengadakan perhimpunan agung UMNO khas dalam tempoh seminggu untuk diberi keyakinan penuh,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd Yussof mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pemimpin kanan UMNO yang berterusan mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden UMNO.

Ditanya sama ada UMNO mungkin ‘terkubur’, Mohd Yussof yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) berkata UMNO tidak wajar ‘dikafankan’ kerana kemerdekaan dan nikmat yang dinikmati rakyat pada hari ini adalah hasil usaha dan pengorbanan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu.

“Sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun marah dan benci kepada individu dan pemimpin UMNO. Sebaliknya yang perlu ‘dikafankan’ adalah mereka yang tidak berintegriti, tidak jujur dan tidak amanah serta singkirkan mereka yang menggunakan UMNO untuk kepentingan diri, keluarga dan kuncu-kuncu mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Veteran UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

VETERAN UMNO Gesa DAP Segera Keluar Kabinet, Jangan Tunggu Sidang Khas Julai

21/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menyambut baik hasrat DAP untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd