• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Permintaan PPBM Masuk Sabah

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu yang bertindak keluar parti.

​​​​​Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagaimanapun bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri bawah bayu itu.

“Yang penting kita tidak mahu timbul pertembungan daripada segi kepentingan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur (TSMCG) kepada 10 badan amal, di sini hari ini.

UMNO Sabah dilaporkan lumpuh apabila Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bersama sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk menjadi anggota politik bebas.

Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator, menurut Hajiji yang juga Ketua UMNO Tuaran.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menyifatkan perkembangan baharu itu sesuatu yang baik untuk PH, khususnya apabila kesemua yang keluar parti itu menyatakan sokongan kepada parti gabungan itu.

Terdahulu, Muhyiddin menyerahkan cek replika (mock cheque) sumbangan daripada TSMTG berjumlah RM100,000 kepada wakil 10 badan amal.

Antaranya Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Pusat Jagaan Titian OKU Normah Adlan, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Pusat Kebajikan Singh Malaysia. – BERNAMA

Tags: PPBMUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2,241 Murid Sekolah Rendah Di Melaka Terima Baucer RM150

Next Post

Keputusan Meninggalkan UMNO Dibuat Secara Bersama

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Keputusan Meninggalkan UMNO Dibuat Secara Bersama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd