Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Lama Menyepi, Ezlynn Fokus...

NAMA penyanyi Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 33, bukanlah asing dalam industri seni hiburan.Namun,...

Kapal Angkasa Pelancongan Virgin...

MOJAVE, California – Sebuah kapal ang­kasa bersayap yang direka khas untuk membawa pelancong...

Asyik Kerap Muntah, Ezad...

SEKALI lagi, pelakon popular Ezad Lazim terpaksa dimasukan ke sebuah hospital berikutan mengalami...

90% Penduduk Kampung Baru...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong...

2,241 Murid Sekolah Rendah Di Melaka Terima Baucer RM150

MELAKA – Sebanyak 2,241 murid sekolah rendah di negeri Melaka menerima baucer bernilau RM150 setiap seorang membabitkan peruntukan berjumlah RM336,150 bagi meringankan beban persekolahan yang perlu ditanggung ibu bapa.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata peruntukan berkenaan diluluskan melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Pasaraya Mydin untuk pembelian keperluan atau peralatan persekolahan bagi golongan keluarga kurang berkemampuan.

Beliau berkata daripada jumlah itu 1,514 penerima adalah dari kaum Melayu, Cina (414 orang), India (284 orang) dan lain-lain (29 orang).

“Pemberian baucer berbanding wang tunai bertujuan ia tidak disalahgunakan oleh penerima untuk memberi barangan lain dan ia perlu dimanfaatkan untuk membeli keperluan anak-anak mereka.

“Kita juga mengharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa daripada keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan maklumat terkini Mydin, sehingga kini RM200,000 daripada jumlah keseluruhan peruntukan berkenaan telah ditunaikan menerusi penggunaan baucer itu.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM1.4 juta bagi pembelian lampin pakai buang dewasa melibatkan 1,197 penerima yang sakit dan uzur sebagai bantuan kebajikan bagi tahun hadapan.


Adly berkata bantuan berkenaan akan disalurkan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) berdasarkan keperluan penerima.

Beliau berkata kerajaan negeri juga menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japerun akan membuat pemutihan nama penerima yang layak kerana terdapat dalam kalangan mereka yang telah meninggal dunia atau sembuh daripada penyakit.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 39 kilang berasaskan kayu daripada jumlah 93 kilang di Melaka yang tidak beroperasi, ditamatkan lesennya serta-merta.

“Sebanyak 19 kilang pula didapati beroperasi tanpa lesen. Justeru kita buat ketetapan untuk memberikan lesen sementara kepada 19 kilang ini bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan kriteria pengoperasian yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori