• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Individu Terbabit Kumpulan Pengganas Ditahan – Fuzi

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu termasuk dua warga Filipina terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas di negara ini, ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kesemua suspek ditahan dalam enam siri tangkapan yang dibuat di Kelantan, Sabah, Selangor dan Kedah di antara 19 hingga 28 November lalu.

Katanya, dalam tangkapan pertama pada 19 November lalu, seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas disyaki menerima arahan daripada kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di Malaysia.

“Suspek, yang bekerja sebagai penjual madu ditahan di Kelantan disyaki menerima arahan daripada Akel Zainal, seorang rakyat Malaysia yang menyertai Daesh di Syria.

“Tangkapan kedua pada 20 November di Kajang, membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun, bekerja sebagai jurutera minyak dan gas, disyaki menyalurkan dana kira-kira RM14,000 kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, rakyat Malaysia anggota kumpulan Daesh bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan pda 2016 dan 2017.

“Seorang lelaki Filipina berusia 45 tahun anggota kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) pula ditahan dalam tangkapan ketiga di Tawau, Sabah pada 21 November kerana terbabit sekurang-kurangnya tiga siri penculikan di selatan Filipina dan Sabah, dan turut tersenarai sebagai individu dikehendaki ESSCOM,” katanya.

Fuzi berkata, dalam tangkapan di Kota Bharu, PDRM menahan seorang lelaki kakitangan sekolah memandu berusia 35 tahun kerana disyaki menerima arahan daripada anggota kanan Daesh warga Malaysia untuk melancarkan serangan terhadap orang bukan islam dan tempat ibadat bukan Islam di Malaysia.

“Tangkapan seterusnya adalah pada 22 November di Bedong, Kedah membabitkan seorang lelaki warga tempatan bekerja sebagai pemandu van kilang.

“Dia ditahan kerana disyaki menyalurkan dana kepada sel Jamaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan pro Daesh yang terbabit dalam siri serangan ke atas balai polis di Jawa Tengah pada April 2017.

“Tangkapan terakhir di Tenom, Sabah adalah sepasang suami isteri masing-masing berusia 48 dan 40 tahun, suspek lelaki warga Filipina bekerja sebagai buruh dan isterinya warga tempatan seorang suri rumah kerana menyembunyikan maklumat mengenai kehadiran anggota ASG di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BH Online

Tags: KPNpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd