• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Peratus Peluang Kemasukan Ke SBP Untuk Pelajar B40

oleh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai sesi kemasukan 2019 akan memberi lebih peluang kepada anak-anak daripada keluarga B40 dengan jangkaan penawaran kepada golongan tersebut sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata mulai tahun hadapan, pihaknya memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP iaitu membantu pelajar-pelajar berpotensi golongan B40, selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan kurang berada memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

“Justeru itu, pengambilan kali ini akan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak keluarga B40 sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kementerian berkata penawaran ke Tingkatan 1 (2019) juga mengambil kira beberapa faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah SBP, jantina dan lokaliti pemohon.

Katanya untuk pengambilan 2019, KPM telah menerima sebanyak 77,487 permohonan kemasukan ke SBP dan daripada jumlah ini, 21,841 telah dikenal pasti melepasi syarat-syarat asas kelayakan.

KPM berkata antara syarat kelayakan adalah warganegara Malaysia, mencapai tahap pencapaian minimum dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menduduki dan mencapai aras toleransi (65 peratus) dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan mencapai merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Psikometrik.

“KPM memberi komitmen untuk memastikan murid daripada kelompok B40 diberi peluang semaksimum mungkin bagi mendapat pendidikan yang lebih teratur dalam persekitaran kondusif seperti yang berupaya ditawarkan di SBP,” katanya. – BERNAMA

Tags: SBP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Nafi Kadar Makanan Sehari SBP Dikurangkan

28/01/2019
0

KLUANG - Dakwaan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) dikurangkan adalah tidak benar. Menafikan perkara tersebut, Menteri Pendidikan,...

Hanya 40% Penilaian Akademik Ke SBP Mulai Tahun Depan

21/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dinilai hanya 40 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd