• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Murid Gembira Terima Bantuan Persekolahan IKRAM

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 60 murid daripada keluarga berpendapatan rendah di Kampung Pulau Gajah di sini, hari ini menerima bantuan persekolahan daripada IKRAM Kelantan bagi sesi akademik 2019.

Yang Dipertua IKRAM Kota Bharu Dr Marzuki Omar berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban penduduk di kampung itu khususnya dalam menyediakan keperluan sekolah buat anak-anak mereka.

“Sumbangan kelengkapan persekolahan ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan ditanggung memandangkan ibu bapa sedang membuat persediaan keperluan persekolahan kerana musim cuti persekolahan bakal berakhir,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah, Pengkalan Chepa hari ini.

Turut hadir , Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Kelantan Dr Adam Sapran.

Marzuki berkata, pihaknya sentiasa memberi fokus kepada golongan kurang mampu yang ingin melihat anak-anak meneruskan persekolahan dengan sempurna.

Sementara itu, Adam berkata, pihaknya memperuntukkan hampir RM18,000 bagi program Back To School itu bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah di enam kawasan di negeri ini menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Bantuan yang mula diagih pada Oktober lepas hingga kini melibatkan kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok,” katanya.

Penerima, Mohd Irfan Rosli , 12, dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 ketika ditemui berkata, dia amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.

“Memandangkan ibu tidak berkerja, dan ayah hanya bekerja sebagai tukang kebun, jadi saya tidak mengharapkan mereka memberi pakaian seragam sekolah baru, kerana sedar mereka tidak mampu. Jadi dengan adanya bantuan ini, saya sangat bersyukur…dapat mengurangkan beban mereka,” katanya.

Sofia Kamisah Jantan, tujuh tahun, dari Sekolah Kebangsaan Sabak yang gembira menerima bantuan itu berkata dia mahu terus berusaha untuk berjaya dalam pelajaran. – BERNAMA

Tags: Bantuan PersekolahanIKRAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

RM100,000 Bantu Persekolahan Pelajar Di Melaka

30/07/2022
0

MELAKA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah RM100,000 untuk diagihkan kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah di...

Rakan Sekerja Didakwa Bunuh Nik Khatijah

19/03/2021
0

KAJANG - Rakan sekerja kepada Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Nik Khatijah Nik Mud didakwa di Mahkamah Majistret,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd