• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kru Hilang Kapal Dagang Terbalik Di Kota Tinggi

oleh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Enam kru selamat manakala tiga masih hilang apabila sebuah kapal dagang, MV Amanda terbalik dan karam di perairan Kota Tinggi, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC Johor) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaktifkan operasi carilamat (SAR) sejurus menerima maklumat laporan kejadian yang berlaku pada 2 petang di kedudukan 3.3 batu nautika timur Tanjung Sepang, Kota Tinggi itu.

“Berdasarkan maklumat kapten kapal, MV Amanda telah mengalami kerosakan pada jana kuasa dan menyebabkan wheel kapal tidak dapat berfungsi.

“Kapten kapal telah membuat full astern (undur penuh), namun, kapal tidak dapat berundur kerana ombak terlalu kuat,” katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Aminuddin berkata ombak menolak kapal tersebut sehingga bertembung dengan kapal lain lalu menyebabkan MV Amanda terbalik dan karam.

Beliau berkata bilangan kru MV Amanda dilaporkan seramai sembilan orang iaitu enam selamat manakala tiga masih hilang.

Menurut Aminuddin, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pos Maritim Pengerang dekat Kota Tinggi bagi menyelaras usaha mencari mangsa yang masih hilang.

Katanya sebanyak tiga kapal dan sebuah bot daripada Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah berada di lokasi kejadian bagi operasi SAR tersebut.

Sementara itu, Aminuddin dijangka mengadakan sidang media berhubung perkembangan kejadian itu di PHC Pos Maritim Pengerang, 10 pagi ini. – BERNAMA

Tags: kapal karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd