• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Peratus Populasi Anjing Telah Disuntik Vaksin Anti Rabies

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing telah diberi suntikan vaksin anti rabies atau anjing gila dalam usaha membendung penularan wabak itu di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.​​​

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pihaknya mensasarkan untuk memberi vaksin kepada 70 peratus populasi anjing sebagai langkah supaya negeri ini diisytihar bebas rabies.

“Kita telah vaksinkan hampir 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing. Sasaran kami bagi membebaskan kawasan ini dengan memberikan vaksin kepada sekurangnya 70 peratus daripada populasi anjing.

“Kita telah gerakkan kakitangan kami dan mereka ini sedang berada di lapangan untuk menjalankan proses pemberian vaksin. Saya juga menyeru kepada pemilik anjing yang belum mendapatkan vaksin supaya tampil mendapatkan suntikan untuk haiwan peliharaan mereka itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah hari ini mengisytiharkan Salcra Roban South, Saratok sebagai kawasan baharu wabak rabies.

Beliau berkata memandangkan kawasan ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak rabies, maka Salcra Roban South, Saratok adalah merupakan kawasan yang ke-59.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan anjing lepas bebas dan membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Veterinar Negeri.

“Denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 37 (2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya. – BERNAMA

Tags: anjingAnti Rabies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Lagi Didakwa Bunuh Warga Bangladesh

Next Post

Mahkamah Benarkan Pengiraan Undi Semula Kerusi Tasek Gelugor

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

Akibat Dikejar Anjing, Kanak-Kanak Nyaris Digilis Kereta

28/04/2024
0

Manjung : Anjing yang mengejar seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya nyaris digilis kenderaan di di Jalan Haji Mohamad Ali, dekat...

Next Post

Mahkamah Benarkan Pengiraan Undi Semula Kerusi Tasek Gelugor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd