• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Jurulatih, 12 Pemain Tidak Disambung Kontrak

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengecilkan bilangan skuad negara pada tahun depan dengan menggugurkan lima jurulatih serta 12 pemain kebangsaan.

Selepas penilaian dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), BAM memutuskan untuk mengecilkan skuad sedia ada daripada 60 kepada 48 pemain manakala jurulatih kebangsaan ketika ini seramai 17 orang akan dikurangkan kepada 12.

Pengerusi C&T BAM, Datuk Ng Chin Chai bagaimanapun enggan mendedahkan senarai nama jurulatih terlibat, namun menegaskan mereka sudah diberitahu terlebih dahulu sebelum ia dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

“Pengurangan ini berlandaskan kepada dasar baharu badan induk sukan badminton. Saya harap dengan pengurangan ini, ia mampu membentuk pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“BAM akan bertindak lebih tegas bagi memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada pemain dan jurulatih boleh dicapai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Beliau berkata senarai penuh nama pemain dan jurulatih bagi musim baharu akan diputuskan pada Januari tahun depan.

Chin Chai berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menyerap masuk beberapa pemain tempatan yang tidak bernaung di bawah BAM, namun beraksi cemerlang pada kejohanan peringkat kebangsaan, ke dalam skuad negara.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan senarai pemain yang mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan atas beberapa faktor termasuk kecederaan selain mahu bergerak secara profesional.

Mereka ialah pemain perseorangan lelaki Iskandar Zulkarnain Zainuddin, perseorangan wanita Woon Khe Wei serta beregu wanita Lee Zii Yii, Goh Yea Ching dan Tan Sueh Jeou. – BERNAMA

Tags: BAMkontrak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adab Pemerintahan Tamadun Melayu-Islam Di UiTM

Next Post

Himpunan 812: Apandi Sedia Peguam, Panduan Peserta

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Himpunan 812: Apandi Sedia Peguam, Panduan Peserta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd