• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,092 Iklan Along Diturunkan MBJB Sepanjang Oktober

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menurunkan 4,092 iklan pinjaman haram ‘along’ yang diletakkan di kawasan tidak dibenarkan di sekitar bandar raya ini sepanjang Oktober lepas.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata sepanjang tempoh tersebut juga sebanyak 382 iklan bunting, 182 sepanduk dan 1,079 iklan pelbagai jenis turut diturunkan.

“Iklan-iklan tersebut diturunkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen iklan, tidak ada permit kebenaran menggantung dan diletakkan di jalan protokol atau tempat tidak dibenarkan,” katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, hari ini.

Amran berkata dalam masa sama, Jabatan Penguatkuasaan MBJB menerima sejumlah 21 aduan berhubung masalah kerosakan infrastruktur dan ia berjaya diselesaikan.

Beliau berkata sejumlah 3,936 kompaun turut dikeluarkan yang melibatkan kesalahan seperti halangan kenderaan atau premis di siar kaki, lorong belakang dan kaki lima, menjalankan perniagaan atau menjaja tanpa lesen serta mengadakan ubahan tambahan binaan tanpa permit.

“Sepanjang Oktober lepas, sebanyak 675 buah kenderaan turut dikenakan tindakan tunda dalam operasi halangan (tunda) kenderaan dengan 601 daripadanya sudah dituntut, semula.

“Bagi operasi sitaan pula, sebanyak 60 tindakan sitaan telah dijalankan melibatkan beberapa kesalahan seperti penjaja warga asing, perniagaan tanpa lesen, halangan di premis, iklan tanpa permit dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, menurut Amran, bagi kes demam denggi, sejumlah 1,553 kes telah dicatatkan setakat awal tahun hingga 1 Disember di kawasan pentadbiran MBJB.

Data tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 1,356 kes jika dibandingkan 2,909 jumlah kes wabak yang dilaporkan pada tempoh yang sama pada tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Tags: MBJBposter along
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MBJB Peruntuk RM15 Juta Hadapi Banjir

MBJB Peruntuk RM15 Juta Hadapi Banjir

30/11/2022
0

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku...

56 Motosikal Parkir Tepi Jalan Kena Angkut MBJB

01/06/2022
0

JOHOR BAHRU: Sebanyak 56 buah motosikal yang diletakkan di tepi jalan di sekitar pusat bandar di sini disita penguat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd