• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Peratus Sisa Buangan Di Melaka Adalah Makanan

oleh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari yang dibuang di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini adalah makanan, kata Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka, Sharudin Hamid.

Beliau berkata jumlah itu agak tinggi dan ia perlu dikurangkan bagi memastikan jangka hayat tapak pelupusan tersebut dapat dipanjangkan selain menggalakkan rakyat di negeri ini mengelak amalan pembaziran melibatkan makanan.

Katanya justeru, satu daripada program yang dilaksanakan untuk mengurangkan pembuangan sisa makanan ialah menerusi Kempen ‘Value Food No Waste and Let’s 3R’ yang dimulakan dengan kerjasama King Green Hotel di sini sebagai projek perintis.

“Kempen ‘Value Food No Waste and Let’s 3R’ bertujuan menggalakkan pelanggan menghargai makanan yang disediakan sepanjang menginap di hotel dengan mengambil makanan mengikut keperluan agar ia tidak dibazirkan begitu sahaja sekali gus membantu pengurusan sisa buangan tersebut.

“Kempen ini dimulakan dengan industri perhotelan kerana sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka mempunyai lebih 200 hotel pelbagai kategori yang menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan luar negara sebelum ia diperluaskan kepada pengusaha kedai makanan yang lain,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar kempen itu di sini, hari ini.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Melaka, Datuk Tey Kok Kiew dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan SWCorp, Mohammad Diah.

Sharudin berkata menerusi kempen itu, makanan yang tidak disentuh pelanggan akan dibungkus oleh pihak hotel dengan bantuan sukarelawan untuk dihantar kepada golongan yang memerlukan seperti rumah anak yatim, orang tua, kebajikan dan golongan memerlukan seperti miskin dan asnaf dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

Beliau berkata selain sisa makanan, kempen itu juga turut melibatkan aktiviti kitar semula botol minuman yang disediakan di bilik hotel untuk pengunjung dan pengumpulan minyak masak terpakai agar ia dapat diuruskan dengan baik.

“Kita telah melaksanakan kempen ini di King Green Hotel sejak empat bulan lepas dan sehingga kini, sebanyak 882 kilogram (kg) barangan kitar semula berjaya dikumpulkan dengan hasil jualan sebanyak RM290.10 selain 190kg minyak masak terpakai dikumpul dengan hasil jualan sebanyak RM255,” katanya.

Beliau berkata kempen berkenaan jelas membuktikan ia turut memberi kelebihan dan keuntungan kepada pihak hotel yang menyertainya selain membantu pengurusan bahan kitar semula.

Sementara itu, Tey berkata kerajaan negeri Melaka menggalakkan pengusaha kedai makanan termasuk industri perhotelan di negeri ini menyertai kempen berkenaan secara sukarela kerana ia dilihat memberi impak positif kepada negeri selaras dengan slogan Melaka iaitu ‘Pintar, Hijau, Bersih’.

Beliau berkata kempen tersebut juga akan memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat negeri ini termasuk pelancong kerana menjaga alam sekitar dan kebersihan bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan atau SWCorp sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama. – BERNAMA

Tags: sisa buangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Indutri Disaran Bijak Urus Sisa Buangan

23/10/2018
0

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menggesa setiap pengusaha industri supaya bijak menguruskan sisa bahan buangan sebagai usaha melindungi kesihatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd