• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Rompin

oleh Cj Mnh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) — Tiga beranak maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata kejadian pada 11.50 malam itu menyebabkan dua daripada mangsa iaitu Rosli Mat Daud, 38, dan ibunya Rakiah Mat, 64, maut di tempat kejadian.

Cucu Rakiah, Aidil Ashraff Rizuan, lima tahun, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.

Azli menambah kemalangan juga menyebabkan bapa kepada Aidil Ashraff, Rizuan Mat Daud, 34, yang memandu kereta Proton Saga cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Semua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Johor Bharu apabila kereta dinaiki mereka memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bas ekspres yang membawa 49 penumpang ke Kuantan.

“Pemandu bas tidak dapat mengelak disebabkan jarak mereka yang agak dekat. Kemalangan menyebabkan kereta mangsa akhirnya terbabas dan masuk ke dalam parit di kiri jalan,” katanya kepada pemberita menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Azli berkata pemandu dan semua penumpang bas bagaimanapun tidak cedera.

Beliau berkata Rakiah dan Rosli berasal dari Kampung Chica Lundang, Kota Bharu, Kelantan manakala Rizuan menetap di Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru.

Jenazah semua mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: bas ekspresbertembung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakaman Kereta Peronda Diserang Adalah Video Lama

Next Post

Djokovic Kembali Kuasai Dunia

Related Posts

5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang

5 Cedera Bas Ekspres Terbabas Dalam Longkang

22/09/2024
0

BATU PAHAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong cermin hadapan untuk mengeluarkan 11 penumpang dan pemandu selepas bas...

Permohonan Ikat Jamin 13 Dituduh Culik Lelaki Palestin Ditolak

Tiga Anggota Tentera Maut, Trak Tentera Bertembung Lori

02/02/2024
0

Gurun: Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera dengan sebuah lori Isuzu di Kilometer...

Next Post

Djokovic Kembali Kuasai Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd