• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“123456” Kekal Kata Laluan Terburuk Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – “123456” dan “password” adalah dua kata laluan yang mudah diteka, masih menjadi kata laluan paling buruk pada 2018, kekal lima tahun berturut-turut, menurut senarai yang disiarkan oleh sebuah syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmatan, SplashData.

Senarai itu berdasarkan analisa daripada lima juta kata laluan yang bocor di Internet dan senarai kata laluan sering digunakan pada tahun ini yang mudah diteka.

Menurut laporan itu, jumlah kebocoran data masih belum berkurangnya pada tahun ini dan masih ramai orang menggunakan kata laluan yang mudah diteka di Internet.

Senarai 100 kata laluan paling buruk termasuklah perkataan atau nombor mudah seperti “111111” “sunshine”, “princess”, “666666” dan “654321”.

Nama biasa seperti “daniel”, “hannah” dan “thomas” juga kata laluan yang lemah dan “donald”, nama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump buat pertama kali masuk dalam senarai di kedudukan ke-23.

Senarai 10 kata laluan terburuk ialah “123456”, “password”, “123456789”, “12345678”, “12345”, “111111”, “1234567”, “sunshine”, “qwerty” dan “iloveyou”.

“Penggodam sangat berjaya menggunakan nama selebriti, terma dalam budaya pop dan sukan serta corak papan kekunci mudah untuk menceroboh akaun di Internet kerana mereka tahu ramai orang menggunakan kombinasi yang mudah diingati,” kata ketua pegawai eksekutif SplashData, Morgan Slain dalam satu kenyataan.

Slain berkata, dengan menyiarkan senarai itu, syarikat berkenaan berharap ia mampu meyakinkan orang ramai untuk mengambil langkah bagi melindungi diri mereka di Internet.

SplashData menganggarkan hampir 10 peratus pengguna menggunakan sekurang-kurangnya kata laluan dalam senarai 25 teratas kata laluan terburuk dengan tiga peratus menggunakan kata laluan terburuk iaitu “123456,”.

Syarikat itu mencadangkan kata laluan perlu menggunakan tidak kurang 12 huruf berbeza dan setiap akaun perlu menggunakan kata laluan berlainan. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Kata Laluankeselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd