• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Pertiga Daripada Populasi Anjing Di Sarawak Di Suntik Vaksin Anti Rabies

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak satu pertiga daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti rabies, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak melaksanakan pemvaksinan secara percuma bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak di negeri itu.

“Kita tahu di Sarawak, majoriti bahagian atau daerah adalah berisiko dan telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies kecuali Limbang.

“Dengan kadar kematian serta penularan yang semakin membimbangkan, langkah serius pemvaksinan anjing dilaksanakan dengan satu pertiga daripada populasi haiwan itu telah diberi suntikan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan produk ‘Stance Wheel’ hasil inovasi kementerian itu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Pengarah Urusan Medical Apparatus Supplies Sdn Bhd Md Azar Ismail, syarikat yang yang terlibat dalam pengkomersialan produk Stance Wheel.

Dr Lee berkata selain pemvaksinan haiwan, pihaknya turut membekalkan vaksin kepada pemilik atau individu yang digigit anjing, satu langkah serius dalam membendung segera penularan wabak itu yang semakin membimbangkan.

Sejak pengisytiharan wabak tersebut pada 1 Julai 2017, kes rabies di Sarawak sehingga semalam kekal 16 orang termasuk 15 kematian dengan kes terakhir adalah pada 10 Dis lepas.

Mengenai Stance Wheel, Dr Lee berkata inovasi ciptaan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis itu amat bermanfaat kepada pesakit yang menggunakan kerusi roda bagi mendapatkan rawatan di hospital atau mana-mana pusat perubatan.

Beliau berkata rekaan tersebut mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan berdasarkan elemen ‘mesra pengguna’ yang diterapkan, antaranya pesakit tidak perlu turun daripada kerusi roda yang digunakan sebaliknya ia boleh terus dicantumkan dengan Stance Wheel, sekali gus memudahkan proses rawatan, terutamanya pergigian.

“Ia juga amat mudah dikendalikan, ergonomik serta mampu milik dan seharusnya setiap hospital atau klinik pergigian memiliki rekaan ini,” katanya.

Sementara itu, Md Azar berkata pihaknya menandatangani perjanjian pengkomersialan Stance Wheel dengan inovator dan Kementerian Kesihatan kerana tertarik dan yakin dengan potensi produk inovasi tersebut.

Kami menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 2,000 unit Stance Wheel untuk pasaran tahun hadapan dengan harga jualan ditetapkan antara RM3,000 hingga RM4,000 seunit, katanya. – BERNAMA

Tags: anjingVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencuri Telur Terus Ancam Kehidupan Penyu Di Taman Laut Labuan

Next Post

Keuntungan Bersih Suku Ke-3 AEON Credit Service Meningkat Kepada RM87j

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Keuntungan Bersih Suku Ke-3 AEON Credit Service Meningkat Kepada RM87j

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd