• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaibo Sihat, Harap Peminat Tidak Risau

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Pelakon dan pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, atau nama popularnya, Zaibo hari ini menjelaskan dirinya kini sihat dan mengharapkan peminat supaya tidak perlu risau dengan keadaannya.

Zaibo yang terkenal dengan sitkom Spanar Jaya sekitar 90-an berkata beliau disahkan menghidap kanser esofagus sejak Sept lepas dan memerlukan masa untuk berehat seketika kerana sedang menjalani rawatan.

Beliau yang turut berpeluang membintangi filem Anna and The Kini, Zaibo berkata beliau kini berada di kampung halaman isterinya, Siti Hawa Sawal, 52, di Rengit, di sini.

“Setelah ramai mengetahui keadaan saya, mereka (rakan artis dan wartawan) telah menghubungi saya bertanyakan keadaan semasa, dan saya memberitahu yang saya masih kuat, selain mengharapkan doa daripada kenalan.

“Cuma yang saya kesalkan ialah sebelum ini tular beberapa keping gambar saya yang terlantar sakit dan seolah-olah kelihatan tidak bermaya,” katanya yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad, di sini hari ini.

Menurutnya gambar yang tular itu diambil kira-kira sebulan lalu dan kini keadaannya semakin beransur pulih setelah menjalani beberapa kali sesi rawatan, namun, buat masa ini dia enggan gambarnya dirakam.

Sementara itu, Siti Hawa berkata dia memahami keadaan Zaibo yang sememangnya mempunyai ramai kenalan dan peminat yang bimbang dengan keselamatan beliau.

Katanya, dia bersyukur kerana tahap kesihatan suaminya semakin baik, tetapi doktor menasihati supaya banyak berehat dan tidak menerima tetamu dengan kerap.

“Abang (Zaibo) cuma terasa hati apabila gambarnya dalam keadaan uzur ditularkan semula semalam kerana dia tidak mahu orang ramai salah faham dan bimbang.

“Namun, sesiapa yang mahu melawat harap dapat maklumkan dahulu dan tidak datang mengejut kerana tidak mahu mereka pulang kecewa sekiranya dia sedang berehat,” katanya yang turut memaklumkan Zaibo ingin kembali aktif berlakon jika kesihatannya mengizinkan kelak.

Sementara itu, bagi peminat yang ingin menyalurkan bantuan termasuk berbentuk kewangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank milik Siti Hawa bernombor 151445183664. –BERNAMA

Tags: kanserzaibo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd