• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusuf Islam Derma RM3 Juta Hasil Konsert

oleh
23/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IHSAN… Penyanyi dan penulis lagu tidak asing lagi dari Britain, Yusuf Islam atau juga dikenali sebagai Cat Stevens akan mendermakan AUD$1 juta (RM3 juta) kepada badan-badan amal.

Sumbangan ihsan berkenaan hasil keuntungan dikutip daripada konsert jelajah dunia artis legenda Inggeris Muslim tersebut berjudul ‘Peace Train – A Cat’s Attic‘, menurut majalah hiburan antarabangsa The Music Network.

Ia melaporkan, jumlah wang tersebut diperuntukkan kepada pelbagai badan kebajikan di seluruh dunia yang aktif dalam pembangunan program-program sukarela yang sering menyumbang kembali kepada masyarakat setempat.

Antara penerima manfaat pertama derma itu dari Australia ialah petani terjejas oleh kemarau, menerusi Rural Aid Australia, warga tua menerusi Pusat Jagaan Gallipoli dan pesakit barah menerusi Pusat Kanser Olivia Newton-John.

Turut disenaraikan beberapa penerima lain di negara berkenaan termasuk Pusat Belia Berbilang Budaya, Yayasan Celik Huruf Penduduk Asli, Pertubuhan Pusat Masyarakat Addison Road dan Concern Worldwide.

Lebih banyak lagi organisasi amal yang akan terima sokongan derma hasil daripada siri jelajah persembahan Yusuf, 70, atau nama asalnya, Steven Demetre Georgiou, bakal diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

The Music Network menukil Yusuf berkata,”Saya percaya bahawa konsert adalah peluang positif untuk menerima dan menyumbang kembali kepada masyarakat, menggembirakan orang lain adalah apa yang saya suka lakukan.”

Pada hujung tahun lalu, pihak penganjur dari Australia, Paul Dainty dan Moonshadow dilaporkan membawa Yusuf dan kumpulan pemuziknya menerusi pelbagai acara pentas di sekitar negara tersebut dan jirannya, New Zealand.

Tiket semua sembilan konsert habis dijual. Antara lagu dipersembahkan ialah daripada album yang raih pencalonan Grammy, Laughing Apple selain lagu klasik beliau tidak asing lagi Peace Train, Father & Son, Wild World dan Morning Has Broken.

Selain menyokong badan demikian, dana juga akan disalurkan menerusi pertubuhan kemanusiaan Penny Appeal untuk melancarkan satu inisiatif baharu yang menyasarkan skim kesihatan, pendidikan dan bantuan kecemasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa Penny Appeal, Aamer Naeem dipetik The Music Network sebagai berkata: “Yusuf menunjukkan kepada kami selama bertahun-tahun betapa beliau memang benar-benar berperikemanusiaan.

“Kami amat bangga dapat bekerjasama dengan individu yang amat beri inspirasi seperti dirinya.” Beliau yang peluk Islam pada 1977 dengan nama Steve Adam Yusuf, mula aktif sebagai penyanyi sejak 1965. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cat StevensYusuf Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd