• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Zarith Sofiah Sedia RM10 Juta Program Semai

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor memperuntukkan sehingga RM10 juta bagi memulakan program ‘Society for Entrepreneurial Management and Innovation’ (SEMAI) di Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (UTMSPACE).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Datuk Ghazali Yusoff berkata program SEMAI yang menawarkan kursus diploma profesional dengan jangka masa selama setahun ini akan dimulakan pada tahun depan dengan sasaran 100 penuntut.

Sebagai permulaan, program SEMAI ditawarkan kepada penuntut antarabangsa dari Indonesia sebelum diperluaskan ke negara Asia Tenggara yang lain termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.

Ghazali berkata program SEMAI yang dikendalikan UTMSPACE adalah satu inisiatif yayasan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan peringkat tinggi.

“Kita percaya, jalinan kerjasama ini terutama dalam bentuk kewangan akan dapat meluaskan peluang universiti-universiti awam di negara ini melaksanakan lebih banyak program dengan negara luar.

“Melalui kerjasama ini, kita harap perkongsian kepakaran dan kemudahan kepelbagaian fasiliti serta akses akan membantu kedua-dua negara melahirkan lebih ramai usahawan,” katanya kepada Bernama pada majlis menandatangani Memorandum Kerjasama dan Persefahaman (MoC dan MoU) antara Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan UTMSPACE Services Sdn Bhd, Mandiri Remittance Sdn Bhd dan Persatuan Persatuan Pelajar Indonesia se-Malaysia di sini hari ini.

Ghazali menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor manakala Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE Services Sdn Bhd Salleh Kassim bagi pihak UTMSPACE; Pengarah Operasi Mandiri Remittance Sdn Bhd Fodli Hamzah mewakili syarikat kewangan itu dan Ketua Umum Persatuan Pelajar Indonesia se-Malaysia, Doni Ropawandi bagi pihak persatuan berkenaan.

Turut menyaksikan majlis tersebut ​​​​​​​Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA) Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Sementara itu, Salleh menjelaskan program itu terbuka kepada penuntut Malaysia yang mahu mendapatkan diploma profesional dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

“Cuma bagi pengambilan pelajar antarabangsa, kita mengkhusus kepada pelajar 100 pelajar Indonesia dahulu dan penambahan bilangan pelajar bergantung kepada permintaan. Bagi aspek fasiliti, UTMSPACE sentiasa bersedia menerima pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional,” katanya.

Bagi Doni, kedudukan beberapa universiti di Malaysia yang berada di ranking terbaik dunia serta jarak antara Indonesia dan Malaysia yang praktikal menjadi tarikan utama penuntut Indonesia berminat melanjutkan pelajaran di negara ini.

“Lebih penting, kepelbagaian fasiliti dan kemudahan infrastruktur yang terbaik membuatkan Malaysia menjadi pilihan walaupun kadar yuran pengajian universiti di Indonesia hampir sama dengan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: usahawanYayasan Zarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd