• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waytha Moorty: Desakan Undur Makin Memuncak

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Sebanyak 10 lapuran polis dibuat hari ini oleh anggota Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkaitan video temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Mereka menuntut Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu yang dianggap tebal dengan perkauman namun menjadi menteri yang bertangungjawab soal perpaduan memohon maaf di atas pembohongan beliau dengan menyebarkan kenyataan palsu dan berupa fitnah jahat terhadap negara.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Cukai kira-kira pukul 9.345 pagi tadi dan diketuai Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rosmiza Mokhtar.

Lebih 200 orang ahli berkumpul di Dataran Cukai sebelum wakil-wakil dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen menuju balai polis untuk membuat lapuran.

Rosmiza berkata, Waytha Moorthy tidak layak menjadi seorang menteri yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan harus meletak jawatan atas tindakannya yang membangkit kemarahan rakyat setelah turut beria-ia untuk membolehkan kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Sehingga kini, menteri itu tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang telah dilemparkan melalui video itu meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memberitahu Waytha Moorthy sudah berubah sekarang.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami percaya ucapan itu berniat menghasut, membangkitkan rasa benci dan menimbulkan ketegangan antara kaum seterusnya mengancam keselamatan negara,” ujarnya.

Katanya, Waytha Moorthy juga telah mengguris perasaan umat Islam, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak berhubung isu yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu Ketua Puteri Bahagian Kemaman, Hafizah Zakaria berkata, Waytha Moorthy bukanlah seorang individu yang mampu menyumbang kepada perpaduan sebaliknya lebih kepada perpecahan.

“Waytha Moorthy menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO kerana dasar-dasar yang dibuat menghalang kaum India untuk berada dalam arus perdana pembangunan negara.

Katanya, ia menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil Hindu dan menafikan hak asasi kaum lain. – UTUSAN ONLINE

Tags: berundurwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd