• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Mangsa MH370 Serah 5 Serpihan Pesawat

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Waris mangsa tragedi MH370 menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada pesawat berkenaan yang ditemui di Madagascar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Lima serpihan itu ditemui oleh nelayan tempatan sejak Disember 2016 hingga Ogos tahun ini di tiga lokasi berasingan di Madagascar.

Loke berkata, serpihan berkenaan akan diserahkan kepada pasukan penyiasat keselamatan pesawat MH370 untuk dianalisis.

“Kita tidak menutup sebarang kemungkinan jika terdapat bukti baharu.

“Jika ada sesiapa yang mempunyai bukti meyakinkan, kita terbuka untuk membuka pencarian semula,” katanya kepada pemberita selepas menerima serpihan berkenaan daripada keluarga mangsa pesawat MH370 di sini, hari ini.

Antara serpihan itu ialah panel lantai kapal terbang selain serpihan mempunyai nombor dan label yang masih boleh dibaca.

Sementara itu, dalam sidang media bersama waris, Grace Nathan yang juga anak kepada penumpang, Anne Daisy, berharap pencarian itu dapat diteruskan bagi mendapatkan lebih banyak bukti berkaitan dengan pesawat berkenaan.

“Saya sangat sedih kerana sejak lima tahun lalu, serpihan ditemui oleh orang awam tetapi pihak penyiasatan tidak menemui apa-apa.

“Saya berpendapat, pihak yang berkenaan perlu mengambil inisiatif melakukan pencarian,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Anthony LokeMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd