• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga China Paling Tinggi Ada Rumah Program MM2H

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,499 permohonan membeli rumah menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan kepada warganegara asing sejak 2007 sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah Baharuddin Shah berkata daripada jumlah itu, warga China merupakan pembeli hartanah tertinggi iaitu sebanyak 1,664 unit atau 37 peratus daripada jumlah pembeli di bawah program itu.

Beliau berkata ia diikuti warga United Kingdom dengan sebanyak 357 unit, Bangladesh (250 unit); Iran (217); Jepun (208); Pakistan (192); Singapura (175); Australia (147), Korea Selatan (127), Amerika Syarikat (115) dan negara-negara lain (1,047).

“Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula, sebanyak 106,197 isi rumah bukan warganegara memiliki unit rumah di seluruh negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu jumlah rumah yang dimiliki warga asing di negara ini mengikut kewarganegaraan.

Menjawab soalan tambahan Wong mengenai masalah lambakan rumah yang tidak dapat dijual ekoran ketidaksepadanan penawaran dan permintaan, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata kementeriannya akan mewujudkan satu pangkalan data yang komprehensif bagi membolehkan pemaju mengenal pasti kehendak perumahan oleh rakyat.

“Pangkalan data ini boleh digunakan oleh mana-mana agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta bagi mengenal pasti permintaan sebenar perumahan di sesuatu kawasan dan kami juga dalam proses menyediakan bekalan perumahan dengan harga yang sesuai.

“Kementerian juga sedang bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC), Bank Negara, Jabatan Perangkaan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengatasi masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: RumahWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd