• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipaksa Mandul, Peru Dakwa Bekas Presiden

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA – Satu aduan rasmi difailkan terhadap bekas Presiden Alberto Fujimori, kerana memandulkan ribuan wanita secara paksa semasa era pentadbirannya dari tahun 1990 hingga 2000.

Selepas 14 tahun berlalu, proses undang-undang terhadap bekas ketua negara dan tiga menterinya disemak semula oleh Pejabat Pendakwa Peru, berikutan petisyen dari badan bukan kerajaan Demus, kata Hakim Marcelita Gutierrez.

Pendakwa Raya Luis Landa berkata, terdapat alasan untuk mempercayai Fujimori membenarkan pemandulan tanpa persetujuan wanita.

Antara tersenarai dalam petisyen itu ialah bekas Menteri Kesihatan Eduardo Yong Motta, Ricardo Luis Costa Bauer dan Alejandro Aguinaga.

Antara 1996 dan 2001, seramai 272,028 wanita Peru dan 22,004 lelaki didakwa dipaksa menjalani proses pemandulan, menurut laporan Pejabat Ombudsman.

Bagaimanapun, angka sebenar tidak diketahui kerana majoriti pembedahan dijalankan terhadap orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Inter-Amerika (IACHR) yakin jumlah sebenar adalah lebih ramai.

Lebih 2,160 wanita mengecam tindakan tersebut, mengatakan ia dilakukan tanpa persetujuan mereka dan tidak dimaklumkan terlebih dahulu ia sebahagian Program Kebangsaan untuk Kesihatan Reproduktif dan Perancangan Keluarga yang diperkenalkan ketika itu.

Fujimori diberikan pengampunan kemanusiaan oleh bekas Presiden Pedro Pablo Kuczynski pada 24 Disember 2017, selepas menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Beliau dijatuhi hukuman selama 25 tahun untuk kes Barrios Altos dan La Cantuta, yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, mahkamah Peru pada Oktober membatalkan pengampunan tersebut dan mengeluarkan perintah menangkapnya dan dihantar semula ke penjara. – BERNAMA

Tags: alberto fujimoridimandulkan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd