• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Palsu: Lima Individu Dihadapkan Ke Mahkamah

oleh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki wang palsu Dolar Amerika bernilai RM1.4 juta dan wang palsu Ringgit Malaysia MR13,600.

Tertuduh Azuan Miswadi Abdullah, 38; Khairul Anuar Parull, 33; Zulfikar Abd Rahman, 32; Izzaitie Aqma Johari, 24; dan Norsuhaila Abd Mutalib, 21; bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara serentak kepada mereka di hadapan Hakim G. Ramesh.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa memiliki 3,464 keping wang kertas palsu Dolar Amerika dan 136 keping wang palsu Ringgit Malaysia, masing-masing setiap keping bernilai US$100 dan RM100 dengan niat untuk menggunakannya sebagai wang tulen.

Mereka melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari di sebuah rumah bernombor 7, di Kampung Jijan Tengah, Nilai, 27 Dis tahun lepas.

Oleh itu kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh Khairul Anuar dan Zulfikar yang bekerja sebagai mekanik manakala Norsuhaila, pembantu pejabat dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan rendah memandangkan mereka perlu menyara keluarga masing-masing.

Azuan Miswadi yang bekerja sebagai buruh dan Izzaitie Aqma yang tidak bekerja tidak mengemukakan permohonan jamin kepada mahkamah.

Ramesh kemudian membenarkan jaminan RM12,000 dengan dua penjamin warganegara diberikan kepada tiga tertuduh iaitu Khairul Anuar, Zulfikar dan Norsuhaila.

Terdahulu, Norshazwani memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan kesemua tertuduh merupakan kesalahan berat.

Mahkamah menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes Wang Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Binaan Dipenjara Enam Tahun Guna Wang Palsu

21/11/2021
0

KLUANG: Seorang pekerja binaan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan...

Polis Buru Lelaki Terlibat Kes Wang Palsu, Dadah

05/01/2018
0

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket wang palsu dan dadah yang ditumpaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd