• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Tekankan Pentingnya Pekerjaan Lestari

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sektor tenaga kerja ASEAN harus meningkatkan kemampuan tenaga kerjanya dengan menarik lebih ramai pekerja mahir, khususnya berkaitan pekerjaan lestari, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata usaha mempromosi pekerjaan lestari termasuk penciptaan peluang pekerjaan yang sesuai, peningkatan kecekapan sumber dan mewujudkan masyarakat rendah karbon.

Pekerjaan lestari sangat penting dan menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), ia penting dalam menangani cabaran melindungi alam sekitar di peringkat global, pembangunan ekonomi dan inklusi sosial,” katanya ketika menutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN (ALMM) ke-25 di sini hari ini.

Beliau berkata pekerjaan sedemikian, akan membantu mengurangkan pengambilan tenaga dan bahan mentah, kemusnahan alam sekitar, memelihara dan memulihara ekosistem dan meminimumkan pengeluaran sisa dan pencemaran.

“Justeru, adalah penting bagi ASEAN untuk melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, pekerja dan majikan serta pemain bukan negara sebagai ejen perubahan yang aktif untuk mempromosikan perusahaan lestari, amalan tempat kerja mesra alam dan pasaran buruh secara keseluruhan,” katanya.

Salah satu dokumen yang diterima pakai oleh mesyuarat Kuala Lumpur adalah Deklarasi ASEAN untuk Mempromosikan Pekerjaan Lestari untuk Pertumbuhan Ekuiti dan Inklusif Komuniti ASEAN.

Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran. — BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd