• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Valencia Terbuka Sertai Seteru United

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANTONIO Valencia tetap mahu kekal beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris meskipun jika kontrak baharunya bersama Manchester United gagal mencapai kata sepakat.

Kontrak pemain berusia 33 tahun itu akan tamat pada hujung musim ini dan United masih berteka-teki sama ada mahu melanjutkan kontraknya.

Jika Valencia tidak bersetuju dengan tawaran baharu itu, dia bebas menyertai mana-mana pasukan pada musim panas akan datang.

Metro.co.uk difahamkan bahawa bintang Ecuador itu mahu kekal di England walaupun bukan lagi pemain di Old Trafford.

Valencia menjadi pemain pilihan utama Jose Mourinho sejak dua musim lalu tetapi hanya melakukan lima penampilan musim ini.

Lebih mengecewakan, dia tidak memperkuat United sejak 2 Oktober lalu.

Mourinho secara terbuka mengkritik Valencia pada musim panas lalu dengan mendakwa dia tidak berada pada prestasi sebenar ketika kembali menjalani latihan pra musim.

Malah pada bulan lalu, Mourinho mempersendakan posting Valencia di Instagram yang menunjukkan dia sedang berlatih di gimnasium.

“Saya melihat sesuatu yang kelakar di Instagramnya di mana dia berkata berlatih di gimnasium.

“Dia patut kata berlatih sendiri kerana saya cedera dan tidak boleh berlatih bersama rakan pasukan.

“Jadi sebab dia berada di gimnasium adalah kerana dia cedera dan dia tidak boleh berlatih bersama rakan yang lain.

“Jadi saya fikir dia kelihatan seperti berlatih bersungguh-sungguh. Tapi tanpa bola dan pasukan, jadi anda boleh bayangkan dia tidak diturunkan kerana dia belum bersedia,” kata Mourinho.

Bagaimanapun Valencia pada minggu ini menegaskan dia tidak cedera dan disisihkan pasukan kerana Mourinho.

“Hubungan dengan Mourinho sentiasa baik. Buat masa ini saya belum diturunkan tetapi ia lebih kepada keputusan taktikal.

“Pemain yang beraksi di posisi saya (Ashley Young) mempamerkan prestasi cemerlang. Jadi anda perlu menghormati keputusan itu,” katanya. – Metro.co.uk/mStar Online

Tags: Manchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd