Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

JBPM Kedah Wujudkan Pasukan...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah akan mewujudkan pasukan...

Edar Dadah, 3 Lelaki...

GEORGETOWN - Dua lelaki warga Iran dan seorang rakyat tempatan dijatuhi hukuman mati...

Jual Buah, Sayur Busuk...

PUTRAJAYA – Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan...

Anggota Kabinet Tidak Dibuli...

KUALA LUMPUR - Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Keputusan UPSR Lewat Sebab Banyak Cuti Umum

PUTRAJAYA – Kelewatan pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada tahun ini disebabkan peperiksaan UPSR 2018 dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan UPSR tahun sebelumnya.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil maklum kerisauan yang dibangkitkan ibu bapa iaitu keputusan UPSR yang akan dikeluarkan semasa cuti persekolahan.

Namun, menurut kementerian itu Lembaga Peperiksaan (LP) sebelum ini juga pernah mengeluarkan keputusan UPSR semasa cuti persekolahan.

Kementerian itu berkata peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan September.

Ia melibatkan 31 Ogos bagi Hari Kebangsaan; 9-10 September bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; 11 September bagi Awal Muharam dan 16–17 September bagi Hari Malaysia.


“Kelewatan pelaksanaan peperiksaan kali ini telah menyebabkan kelewatan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan. LP juga perlu mematuhi prosedur penjaminan kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ketepatan keputusan yang akan dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian memohon pelajar-pelajar Tahun 6 mendapatkan PPSR dan keputusan UPSR pada 29 November (Khamis) bermula pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. – BERNAMA

Kategori