• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAE Bebaskan Akademik British Didakwa Terlibat Risikan

oleh Haris
26/11/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKADEMIK British, Matthew Hedges yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat dalam aktiviti risikan, diampunkan berkuat kuasa serta-merta oleh pemerintah Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Laporan keputusan UAE itu dilaporkan media British hari ini, selepas Setiausaha Luar UK Jeremy Hunt melobi bagi melepaskan Hedges.

Hedges yang mengadakan penyelidikan doktor falsafahnya di UAE ditahan atas dakwaan terlibat dalam perisikan melalui penyelidikannya dan minggu lalu ditajuhi hukuman penjara seumur hidup.

Beliau ditahan dan dilaporkan dipenjara bersendirian sejak enam bulan lalu.

Beliau menjalankan kajian terhadap politik dan dasar UAE dan dijangka akan menerbitkan buku mengenai dasar luar UAE hasil kajiannya.

Isterinya, Daniella Tejada telah memulakan kempen petisyen untuk membebaskan Hedges dan telah mendapat sokongan lebih 200,000 orang.

Kementerian luar Britain juga berkata keputusan mahkamah UAE itu mengejutkan dan akan menjejaskan hubungan UAE dengan Britain.

Baru-baru ini, tiga buah universiti di UK telah mengumumkan boitkot terhadap UAE ekoran hukuman ke atas Hedges.

Universiti tersebut ialah Durham, tempat Hedges berkhidmat sekarang, Universiti Exeter dan Universiti Birmingham. – Mynewshub.tv

Tags: Matthew HedgesUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd