• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TS Madinah Diarah Buat Kenyataan Meragukan?

oleh Ahmad Albab
26/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN media TS Madinah membuktikan Kerajaan PH amat memerlukan isu 1MDB untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka. Bukan itu sahaja mereka juga mahu ahli UMNO percaya kekalahan UMNO disebabkan 1MDB bukan isu GST dan janji bohong PH. Najib mesti dipersalahkan.

TS Madinah mengakui Mesyuarat Kabinet, mengarahkan beliau membuat kenyataan media pada hari ahad (semalam) kononnya laporan akhir pengauditan 1MDB kepada PAC telah dipinda beberapa kali.

Tidak disebut secara nyata, apa yang dipinda. Apakah yang dipinda itu ialah memadamkan nama suspek, pindaan ayat, pindaan angka angka kewangan atau pindaan untuk melindungi kesalahan.

Mengenai Jho Low, Najib telah pun menjelaskannya melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 (lebih awal daripada tarikh dakwaan pindaan 2016), iaitu Jho Low hadir ke mesyuarat itu kerana dia mewakili syarikat Petrosaudi dan Putera Turki. Jawapan sebelum tarikh dakwaan pindaan itu dibuat membuktikan tiada coverup.

Sudah pasti kenyataan media itu menimbulkan persepsi iaitu Najib cuba menipu dan melindungi penjenayah. Kenyataan TS Madinah itu masih kabur tetapi dibuat secara terbuka kepada orang ramai. Justeru, rakyat perlu membaca penjelasan terkini DS Najib dalam fb nya.

Peguam TS Shafie Abdullah juga mempertikaikannya sebagai contempt of court. TS Ambrin pula telah menafikan dakwaan mengenai pindaan tersebut.

Maka kenyataan media itu ada muslihat tertentu. Bahkan dalam kenyataan media itu didedahkan, laporan akhir pengauditan 1MDB dianggap sebagai satu krisis dan mantan PM minta siasatan dilakukan oleh pihak penguatkuasa. Itu bermakna tiada unsur untuk melindungi.

Tetapi isu 1MDB terus dipanaskan oleh pemerintah. Kenapa? Kerana Najib dianggap sebagai satu ancaman kerana dia aktif menjawab isu di media sosial, jawapannya berfakta dan hujahnya di Parlimen kukuh.

Najib mesti di musnahkan lebih awal secara total walaupun kes mahkamahnya belum bermula dan dakwaan mengenai 1MDB belum dibuat. Itulah dendam keadilan Kerajaan PH?

Mohd Puad Zarkashi
26.11.2018

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun RazakTan Sri Dr Madinah Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd