• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Penumpang 100 Juta Waima Tumbuh Perlahan

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trafik penumpang di Malaysia dijangka meningkat kepada antara 100.3 juta dan 101.1 juta penumpang pada 2018 walaupun kadar pertumbuhan dianggarkan antara 1.1 peratus dan 2.2 peratus pada 2018.

Edisi ketiga Laporan Industri Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang dikenali ‘’Waypoint’’ melaporkan pertumbuhan satu angka yang rendah disebabkan pengurangan kapasiti domestik oleh syarikat penerbangan Malaysia.

“Pada masa sama, pertumbuhan trafik antarabangsa dijangka mengatasi pertumbuhan trafik domestik untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Laporan industri yang dikeluarkan baru-baru ini memaparkan unjuran suruhanjaya itu terhadap industri, gambaran makro ke atas sektor itu, analisis mengenai struktur dan prestasi industri, dan kajian semula segmen perkhidmatan pengendalian di Malaysia,” kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM Dr Nungsari Ahmad Radhi dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata laporan industri Waypoint itu merupakan sebahagian daripada komitmen suruhanjaya itu sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi sektor itu, bertujuan mewujudkan industri penerbangan yang lebih kukuh di Malaysia dengan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sektor itu secara keseluruhan.

Malaysia mencatatkan penumpang antarabangsa dan domestik sebanyak 50.3 juta pada separuh pertama 2018 dengan pertumbuhan lebih rendah daripada unjuran awal MAVCOM sebanyak 6.5 peratus hingga 7 peratus.

Pertumbuhan trafik penumpang sebahagian besarnya didorong oleh trafik antarabangsa pada separuh pertama 2018 berikutan syarikat penerbangan Malaysia meningkatkan kapasiti tempat duduk antarabangsa sebanyak 8.8 peratus.

Pada masa sama, kapasiti tempat duduk domestik susut sebanyak 4.0 peratus susulan daripada langkah rasionalisasi rangkaian laluan oleh dua syarikat penerbangan Malaysia yang mengurangkan jumlah kapasiti domestik mereka sebanyak 28.1 peratus.

Pertumbuhan trafik penumpang pada 2019 diunjurkan antara 2.2 peratus dan 3.3 peratus, disokong oleh penggunaan swasta dan kadar tambang berpotensi lebih rendah berikutan syarikat penerbangan menukar tumpuan rangkaian laluan mereka kepada destinasi jarak pendek dan sederhana berbanding destinasi jarak jauh.  – BERNAMA

Tags: penumpangtrafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Trafik Lancar Di Semua Lebuh Raya Utama Pagi Ini

08/06/2025
0

Kuala Lumpur: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara lancar setakat 9 pagi ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya...

Tikam Rakan Kerana Dadah, Sumbat Mayat Dalam Peti Ais

Trafik Ke Lembah Klang Mulai Sesak

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang warga kota selepas sambutan Aidilfitri di kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd