• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Top’ Teruskan Impian Mendiang Vichai Di LCFC

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Aiyawatt, anak lelaki bongsu mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, buat pertama kali bercakap tentang kematian bapanya dan hasrat beliau untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan pengerusi kelab Bola Sepak Leicester (LCFC) yang amat dikasihi itu.

“Hari ini, beliau meninggalkan kepada saya suatu legasi untuk diteruskan dan saya akan melakukan segala yang termampu untuk meneruskan visi dan impian besar beliau,” kata timbalan pengerusi kelab bola sepak Liga Premier itu menerusi mesej Instagram.

“Daripada beliau, saya mewarisi suatu misi serta legasi yang sangat besar untuk diteruskan dan saya berhasrat untuk menjayakannya. Saya tahu saya akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk menukar impian menjadi kenyataan dan saya berbesar hati dengan mesej serta kata-kata mesra anda semua,” katanya.

Aiyawatt Srivaddhanaprabha, 32, yang terkenal dengan nama panggilan ‘Top’ juga adalah ketua pegawai eksekutif King Power Group, perniagaan keluarga diasaskan mendiang bapanya pada 1989, yang semakin berkembang.

Vichai, 61, lelaki kelima paling kaya di Thailand dengan kekayaan bernilai US$4.9 bilion, menurut laporan Forbes, terkorban bersama-sama dua kakitangannya, juruterbang dan seorang penumpang apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di luar Stadium King Power pada Sabtu lepas.

Ahli perniagaan itu yang membeli LCFC pada 2010 dan membuat pelaburan besar sehingga ia muncul sebagai juara Liga Premier dua tahun lepas, meningggalkan isteri, Aimon, dan empat anak.

Insiden tragik itu, menurut Aiyawatt, yang dijangka oleh banyak pihak untuk menjadi pewaris sah, menjadikan dirinya sedar betapa penting bapa beliau kepada ramai orang di seluruh dunia.

“Peristiwa yang berlaku menjadikan saya sedar betapa penting bapa saya kepada ramai orang di seluruh dunia dan saya amat terharu apabila ramai di kalangan mereka menempatkan bapa begitu dekat di hati mereka. Saya sesungguhnya sangat bangga kerana mempunyai bapa yang sangat luar biasa,” katanya.

Bapa beliau, yang disifatkan Aiywatt sebagai ‘mentor dan contoh ikutannya’, mempunyai cara tersendiri untuk mendidik beliau tentang kehidupan dan kerja tanpa, menjadikannya seperti sedang mengajar.

“Saya sangat merindui mu bapa, dengan sepenuh jiwa raga,” katanya mengakhiri catatan Instagram itu. – BERNAMA

Tags: legasiLeicester City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Leicester City Sah Maut Nahas Helikopter

29/10/2018
0

LEICESTER CITY - Jutawan pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter...

Helikopter Pemilik Kelab Bola Sepak Leicester City Terhempas

28/10/2018
0

LEICESTER - Sebuah helikopter yang dimiliki pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan terhempas di kawasan tempat letak kereta pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd