• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Roboh Kuil Selagi Tiada Kata Sepakat

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberi jaminan kerajaan tidak akan merobohkan kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25, di sini, sehingga kata sepakat dicapai.

Waytha Moorthy berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian sebaik mungkin termasuk mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan.

“Keluhan mengenai insiden itu akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad), ia akan dibincangkan di peringkat tertinggi.

“MB Selangor (Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari) juga sudah memberi persetujuan beliau kepada saya untuk membincangkan masalah ini.

“Wujud juga ketegangan rakyat pelbagai kaum akibat insiden itu. Saya menyeru semua pihak supaya bertenang, biar polis mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam rusuhan,” katanya pada sidang media, di kuil itu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan EXCO Selangor, V Ganabatirau.

Sementara itu, Kulasegaran berkata, wujud keperluan untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“YB Moorty dan saya akan terus jumpa Perdana Menteri serta merta berbincang untuk mendapatkan satu penyelesaian yang muktamad.

“Saya khuatir kerana ini bukan kuil pertama, di seluruh negara ada beratus kuil dalam keadaan sama disebabkan pembangunan dan sebagainya. Jadi kita perlu cara jalan penyelesaian jangka panjang dan konsisten dalam hal ini.

“Kerajaan mahu pastikan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini terus hidup dalam keadaan harmoni dan aman,” katanya. – BH Online

Tags: kuilroboh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

‘Mengapa Pihak Berkuasa Tidak Sediakan Tapak Alternatif Untuk kuil Tersebut?’ – Ramasamy

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mendakwa kerajaan Perlis pimpinan Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd