• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Bebas Sabitan Dan Hukuman

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, lima tahun lepas.

Ini berikutan keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membenarkan rayuan bekas Ahli Parlimen Batu itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Sept 2016.

Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata mahkamah mendapati prima facie dalam kes itu gagal dibuktikan memandangkan perkataan yang diungkapkan oleh Tian Chua, atau nama sebenar Chua Tian Chang, tidak bersifat menghasut.

“Ucapan oleh Tian Chua ketika itu adalah hanya untuk mengenal pasti kesilapan dan kesalahan dalam kerajaan serta menasihati orang ramai untuk bertindak balas secara damai serta memperbaiki kesilapan berkenaan.

“Walaupun Tian Chua tidak menafikan beliau ada membuat kenyataan itu, namun analisa secara keseluruhan terhadap maksud dan konteks mendapati kenyataan yang dibuat tidak merujuk untuk mengubah kerajaan,” kata hakim itu.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua, 55, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini di antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Di awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azmi Mashud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan silang terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

Sementara itu, Tian Chua, yang diwakili peguam N. Surendran, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega kerana akhirnya kes berkenaan selesai.

“Saya rasa dalam suasana politik baharu ini tidak wajar untuk sesiapa yang bersuara secara bebas dalam kritikan terhadap kerajaan harus dihukum mengikut Akta Hasutan.

“Akta ini sudah ketinggalan zaman dan sepatutnya dimansuhkan serta tidak lagi diguna pakai untuk menyekat pandangan orang awam dalam kebebasan bersuara.

“Saya harap keputusan ini adalah sebagai penanda aras. Saya akan teruskan perjuangan sebagai seorang aktivis yang lantang bersuara dalam satu pasukan dengan pemimpin Pakatan Harapan yang memerintah sekarang bagi merealisasikan impian rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd