• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand, Malaysia Masih Belum Putus Tarikh Rundingan

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Thailand dan Malaysia masih belum memutuskan tarikh berikutnya rundingan damai bagi menamatkan konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand akan berlangsung, susulan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baru.

Thailand sebagai respons kepada pelantikan itu melantik Jen Udomchai Thammasarorath untuk mengetuai pasukan rundingan di pihaknya, menggantikan Jen Aksara Kerdphol.

“Tarikh rundingan belum diputuskan lagi. Pihak-pihak yang berkaitan masih sedang berusaha,” kata Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand Jen Wanlop Raksanor hari ini semasa ditanya sama ada pusingan baru rundingan damai akan diadakan bulan ini.

Walaupun tarikhnya belum ditentukan, beliau memberi jaminan bahawa rundingan yang diterajui oleh Malaysia itu masih tetap akan berlangsung.

Wanlop berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang juga Menteri Pertahanan.

Abdul Rahim, 75, mengambil alih peranan fasilitator daripada Datuk Zamzamin Hashim, yang dilantik oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Kuala Lumpur sebagai fasilitator kepada usaha membawa perdamaian, pernah menganjur beberapa rundingan damai antara Bangkok dan Majlis Syura Patani (Mara Patani), yang mewakili beberapa kumpulan di wilayah selatan Thailand.

Rundingan damai itu bagaimanapun ditangguhkan sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi pilihanraya umum ke-14 Mei lepas.

Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan nafas baru kepada rundingan itu dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Thailand bulan lepas, apabila beliau berjanji bahawa Malaysia akan membantu “sedaya upaya” bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak sekian lama di selatan negara itu.

Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata konflik berkenaan juga adalah satu peluang kepada dua negara untuk mempamerkan semangat ‘kesetiakawanan’, di samping Kuala Lumpur membalas kembali bantuan yang dihulur oleh Bangkok dalam menamatkan konflik Malaysia dengan pengganas komunis satu ketika dahulu.

Sejak 2004, konflik bersenjata di tiga wilayah di selatan Thailand yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat itu mengorbankan lebih 6,500 nyawa. – BERNAMA​​​​

Tags: rundingan damaiselatan thai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Delegasi Ukraine, Rusia Tiba Di Istanbul Untuk Rundingan Damai

29/03/2022
0

ISTANBUL - Delegasi Rusia dan Ukraine tiba di Istanbul pada Isnin bagi sesi mesyuarat rundingan damai yang seterusnya setelah krisis...

Rundingan Damai: Putin Mahu Bersemuka Dengan Zelensky

19/03/2022
0

ANKARA : Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara bersemuka bagi berbincang mengenai konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd